6 perkara penting wajib diambil berat sebelum melancong ke luar negara

Walaupun Malaysia mempunyai banyak destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi, sekali-sekala apa salahnya melancong ke luar negara. Dengan melancong ke luar negara anda akan mendapat pengalaman baru, berpeluang menemui pelbagai perkara yang unik dan menyeronokkan. Malah ia boleh menambah pengetahuan baru.

Sebelum berangkat melancong ke luar negara, banyak perkara yang harus dipersiapkan semaksimum mungkin. Anda tentu mahukan sepanjang percutian serta perjalanan pergi dan balik berlangsung dengan lancar tanpa gangguan masalah.

Berikut adalah 6 perkara penting yang perlu diambil berat sebelum pergi melancong ke luar negara.

 

Passport antarabangsa dan visa

Passport antarabangsa adalah dokumen paling penting untuk masuk ke negara lain dan ketika kembali ke negara kita sendiri. Bagi yang belum mempunyai passport antarabangsa, anda boleh memohon di mana-mana cawangan Jabatan Imigresen. Rujuk laman web Jabatan Imigresen tentang permohonan passport antarabangsa – http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa

Sila semak tarikh luput passport anda sebelum membeli tiket penerbangan. Pastikan passport anda masih ada tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berangkat ke luar negara nanti. Ada negara-negara tidak membenarkan pelawat masuk ke negara mereka jika tempoh sah passport kurang daripada 6 bulan. Jika tempoh sah kurang daripada 6 bulan atau sudah hampir luput, baharuilah dengan segera.

Jika perlu perbaharui passport anda, kini anda boleh lakukannya secara online sahaja. Baca di sini – Lebih mudah baharui passport secara online

Sesetengah negara memerlukan kita memohon visa terlebih dahulu sebelum tiba ke negara mereka. Lain negara lainlah polisi dan cara-cara memohon visa. Maklumat tentang visa setiap negara boleh didapati daripada kedutaan negara masing-masing.

 

Tiket penerbangan

Terbang ke destinasi pelancongan dengan syarikat penerbangan kegemaran anda. Atau pun anda boleh pilih penerbangan tambang murah yang menepati bajet. Anda boleh dapatkan tiket penerbangan melalui syarikat ejen pelancongan atau beli terus secara online.

Sebelum membeli tiket penerbangan, pastikan dulu servis lain yang syarikat penerbangan sediakan seperti makanan dan had bagasi. Anda juga tentu lebih sukakan penerbangan direct flight berbanding penerbangan henti-henti yang memerlukan transit.

Baca pula artikel ini untuk mendapatkan – Tips cari tiket penerbangan yang lebih murah dan menguntungkan.

 

Kira perbelanjaan dan tukar matawang

Sebaik-baiknya anda rancang dulu perbelanjaan semasa melancong nanti. Buat kira-kira perbelanjaan makan, pengangkutan, penginapan dan barang-barang yang perlu dibeli. Berbelanja di negara orang kosnya tidak sama dengan di tempat sendiri. Buatlah kajian dahulu.

Setelah anda tahu berapa banyak wang yang anda perlu bawa, tukar matawang negara tersebut sebelum berangkat.

 

Tentukan tempat penginapan, lokasi kunjungan dan keadaan sekeliling

Sudah tentu anda mahu tempat percutian yang menggembirakan anda nanti. Sama ada tempat penginapan, tempat kunjungan dan keadaan sekelilingnya. Buat kajian dahulu supaya tidak kecewa setelah tiba di sana nanti.

Mungkin anda mudah terpesona dengan hanya membaca promosi yang dibuat oleh pemilik tempat penginapan atau syarikat pelancongan di internet. Membuat kajian sendiri adalah lebih baik dan anda akan lebih puas hati.

 

Sediakan pakaian, kelengkapan penjagaan diri dan ubat-ubatan secukupnya

Packing adalah aktiviti penting sebelum anda pergi melancong. Jangan sampai ada keperluan yang tertinggal apabila anda hendak berangkat nanti. Bawalah pakaian, kelengkapan penjagaan diri, ubat-ubatan jika perlu dan keperluan tambahan lain secukupnya. Senaraikan dahulu apa yang benar-benar diperlukan, barulah packing. Kemudian timbang dahulu berat beg dan bagasi anda supaya tidak overweight semasa check-in nanti.

Bagi seorang ‘backpacker’ bacalah artikel ini – Barang Apa Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Seorang ‘Backpacker’

 

Dapatkan perlindungan insuran / takaful perjalanan

Akhir sekali, sebelum anda berangkat, segera dapatkan dahulu perlindungan insuran atau takaful perjalanan. Kita tidak tahu apa musibah atau kemalangan yang akan menimpa, kerana malang tidak berbau.

Jika anda sudah memiliki polisi perlindungan, semak dengan syarikat atau ejen insuran anda, adakah polisi yang anda langgan itu boleh digunakan di luar negara dan berapa jumlah perlindungan yang diberikan.

Sudah banyak kejadian rakyat Malaysia jatuh sakit atau ditimpa musibah ketika melancong di luar negara. Kerana tidak melanggan polisi perlindungan insuran, ada yang terpaksa bergolok-gadai dan meminta bantuan sumbangan daripada orang awam kerana kos perubatan yang sangat tinggi di luar negara. Anda tentu tidak mahu perkara buruk ini menimpa anda pula.

Selamat melancong.

Akan datang kami akan kongsikan pula…

  • 3 langkah mengira perbelanjaan di luar negara sebelum pergi melancong
  • 3 petua menukar matawang asing sebelum pergi melancong
  • Teknik mudah tinjau keadaan tempat percutian sebelum pergi melancong
  • 5 langkah packing bag pakaian untuk pergi melancong
  • Jangan tak beli perlindungan travel insurance sebelum ke luar negara
 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *