Bayangkan, anda tiba di Jepun dengan keluarga, ada bawa anak kecil masih berkereta sorong, ada bawa ibu bapa warga emas, ada banyak beg bagasi.
Pesawat anda tiba awal pagi atau lewat malam.
Dengan ramai-ramai begitu yang sedang keletihan, anak berkereta sorong, warga emas yang tak boleh jalan laju, beg yang banyak…
anda perlu cari kereta api atau bas untuk ke pusat bandar, mungkin anda perlu transit beberapa kali dan banyak berjalan kaki, sampailah anda tiba di hotel atau rumah penginapan.
Ramai orang berimpian mahu pergi melancong ke negara Jepun. Jika sudah pergi, pasti rasa mahu pergi lagi. Kenapa… negara yang maju dan serba canggih, persekitaran yang bersih, penduduknya yang beradab, tempat-tempat menarik dan macam-macam lagi. Kalau dulu sudah pernah ke Tokyo, mahu rasa main salji di Hokkaido pula, kemudian teringin ke Osaka pula berpiknik bawah pohon sakura pada musim bunga.
Bagi yang belum pernah ke sana, jangan terkejut atau mengeluh jika terpaksa banyak berjalan kaki jika anda memiih menggunakan pengangkutan awam sepanjang berada di sana. 10,000 ke 20,000 langkah sehari adalah perkara biasa. Bukan itu saja, mungkin anda terpaksa menempuh lautan manusia serta berhimpit di dalam 満員電車 (man in densya = kereta api yang sesak padat macam ‘tin sardin’ ).
‘man in densya’ ~ kalaulah ada terjebak dalam situasi ini masa keluar melancong,
bawa anak kecil, bawa mak ayah yang dah berumur…
peta jalur laluan kereta api subway di Tokyo yang berserabut melihatnya
Ramai orang datang melancong ke Jepun membawa keluarga, dengan anak kecil yang masih berkereta sorong, kadang-kadang ada yang membawa ibu ayah yang sudah warga emas dengan niat menggembirakan mereka sebagai membalas jasa.
Kemudian dalam itinereri ada pula banyak tempat lawatan yang jauh-jauh. Tempat yang akan mengambil masa lama atau susah dituju kalau menggunakan pengangkutan awam.
Perancangan asal anda mahu berjimat dengan menggunakan pengangkutan awam sahaja, sudahnya pelancongan anda ke Jepun menjadi satu pengalaman yang sangat memenatkan, keseronokan pun sudah hilang.
dengan cuaca yang sangat sejuk begini anda mahu bawa anak kecil atau orang tua anda berjalan dengan
pengangkutan awam sahaja?
Oleh yang demikian saya jika anda berada di dalam situasi di atas, saya sangat mengesyorkan anda menggunakan khidmat driver dan tour leader supaya percutiaan anda menjadi lebih enjoy, sangat menyeronokkan dan tidak berasa terlalu penat.
Lebih-lebih lagi apabila driver dan tour leader anda berpengalaman tinggal di Jepun malah boleh berbahasa Jepun, ia akan banyak membantu anda nanti
Mari kita lihat satu persatu apakah kelebihan menggunakan khidmat ‘driver’ dan ‘tour leader’ yang boleh berbahasa Jepun ketika melancong ke Jepun.
- Kenderaan dan pemandu peribadi. Dari anda mula sampai di Jepun hinggalah hari anda berangkat pulang ke tanah air, anda akan dibawa dengan kenderaan peribadi (kereta sewa) ke tempat-tempat yang anda mahu pergi.
pelancong menaiki kenderaan yang sangat selesa sepanjang berada di Jepun - Pergi ke tempat yang jauh-jauh langsung tiada masalah, dari tempat menginap terus saja dengan satu kenderaan tanpa perlu transit beberapa kali. Jimat masa anda.
perjalanan ke tempat yang sejauh 2 jam 30 minit perjalanan menjadi mudah dan ‘rileks’ apabila menggunakan
khidmat driver dan tour leader. - Sambil membawa anda melancong, tour leader akan berkongsi tentang budaya Jepun, disiplin orang Jepun, makanan dan sebagainya… hinggalah ke pengalaman selama tinggal di Jepun dulu. Benda-benda Jepun yang baik anda boleh manfaatkan untuk keluarga di rumah nanti. Jadi anda dapat lebih tentang Jepun daripada sekadar berseronok melancong.
sambil membawa pelancong, sempat menceritakan pengalaman tinggal di Jepun dan peraturan-peraturan
hidup di Jepun, misalnya tentang cara membuang sampah. - Jika anda ada sesuatu permintaan, misalnya perubahan itinereri, beritahu saja tour leader anda. Dia akan semak dulu semua perkara yang perlu.
Pelancong minta bawakan ke pertunjukan bunga api di Otaru, beliau dapat tahu dari internet.
Tour leader ubah semula itinereri dan dapatkan maklumat tepat tentang pertunjukan ini, di mana dan masanya. - Tentang makanan tak perlu risau, tour leader anda akan tunjukkan apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh. Kalau anda menyewa apartmen anda boleh masak sendiri, minta tour leader bawakan ke pasar raya untuk membeli bahan makanan.
dengan kebolehan berbahasa Jepun dan pernah tinggal di Jepun, tour leader boleh menunjukkan
anda makanan-makanan yang boleh dimakan dan yang tidak boleh. - Hal-hal seperti membeli tiket, mencari parking dan meminta izin menggunakan ruang solat… serahkan saja kepada tour leader anda. Dengan berkomunikasi bahasa Jepun, segala urusan anda akan menjadi sangat mudah.
mendapatkan kunci untuk ruang solat semasa berada di Date Jidai Village di Noboribetsu, Hokkaido
- Kadang-kadang anda dapat servis ekstra, seperti jadi tukang angkatkan barang atau tolong ambilkan gambar atau video secara sukarela (kalau pergi sendiri kena ambil gambar selfie sajalah jawabnya)
bukan setakat tolong ambilkan gambar, boleh tolong buatkan video ‘dolly zoom’ lagi
----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.