Lihat betapa sibuknya keadaan untuk transit tren di Tokyo

Anda rancang mahu melancong di Tokyo atau bandar besar lain di Jepun dengan hanya menggunakan tren?

Ini first time anda ke Jepun?

Anda ada bawa anak kecil atau warga emas bersama?

Bila anda lihat video ini, anda fikirlah semula adakah anda mahu melancong di Tokyo hanya dengan menggunakan tren.

Saya pernah dengar beberapa kisah tentang orang Malaysia yang datang melancong di Tokyo menggunakan tren sepenuhnya.

Ada satu kisah, satu kumpulan usahawan datang melancong di Jepun. Mungkin mereka dapat reward dari syarikat induk mereka.

Ada yang datang bawa keluarga sekali tambah duit sendiri. Ada yang bawa anak kecil masih menggunakan stroller.

Tetapi oleh sebab mahu jimat, mereka memilih hanya menggunakan pengangkutan awam tren.

Tour guide yang mereka lantik pula hanya berpengalaman pernah melancong sekali-dua ke Jepun secara backpackers dan tidak tahu berbahasa Jepun.

Dalam kesesakan manusia di stesyen kereta api bergegas mahu ke tempat kerja, kumpulan ini turun serta berasak-asak sama.

Faham saja semasa jalan berkumpulan, bukan semuanya berjalan laju, ada pula yang ketinggalan di belakang.

Bila tren sudah tiba ramai-ramai masuk ke tren, ada pula yang tertinggal. Ada juga masanya bila ramai-ramai sudah keluar dari tren, ada yang tertinggal dalam tren terlajak ke stesen berikutnya.

Mereka yang sudah tiba perlu menunggu yang tertinggal atau terlajak pula, baru boleh teruskan perjalanan.

Bayangkan pula dengan tekanan membawa anak-anak kecil yang merengek dan menangis kerana kepenatan.

Jadi, kalau anda mahu melancong ke Jepun, anda keluar belanja besar dan banyak tempat-tempat menarik anda mahu pergi, jadi manfaatkanlah masa dan perbelanjaan anda sebaik-baiknya.

Kalau anda tambah sikit perbelanjaan anda dengan menyewa kenderaan seperti bas, coaster, van atau kereta, serta melantik tour guide yang berpengalaman, sudah tentu percutian anda di Jepun akan jadi lebih menyeronokkan dan lebih rileks tanpa banyak tekanan perasaan.

 

Like dan follow fb page アジズルマルハンと日本・Azizul Marhan & Japan untuk perkongsian tip dan cerita tentang Jepun dan pelancongan di Jepun.

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *