Kawal keselamatan komputer & anak-anak, buat kunci dengan pemacu USB

Dalam zaman teknologi maklumat yang berkembang pesat kini, banyak rumah yang sudah mempunyai komputer, sama ada desktop atau laptop. Hidup dalam zaman yang mana “maklumat hanya dihujung jari”,  maka ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan bagaimana untuk memantau anak-anak kecil mereka tentang penggunaan peranti elektronik tersebut. Ini untuk menjaga keselamatan mereka supaya tidak terdedah dengan anasir-anasir negatif dan perkara-perkara terlarang.

Sebab itu, penulis berikan 5 sebab kenapa lebih baik beri anak-anak guna komputer berbanding telefon pintar.

Mungkin anda sudah biasa mengawal penggunaan komputer dengan menetapkan waktu, dengan login kata laluan, atau dengan cara-cara lain.

Satu cara lagi yang anda boleh gunakan ialah kunci komputer yang dibuat daripada pemacu USB.

Ibaratkan anda perlu membuka kunci pintu untuk masuk ke dalam rumah, kunci komputer ini juga diperlukan supaya komputer boleh digunakan.

Jom tonton video ini untuk mengetahui cara-cara bagaimana membuat kunci komputer daripada pemacu USB.

Anda boleh gunakan pemacu USB yang lama atau beli yang baru. Dapatkan dengan harga yang berpatutan di Shopee atau Lazada.

Cari USB Drive di Shopee   Cari USB Drive di Lazada  

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *