Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu di negara kita, dasar kerajaan terhadap usahawan-usahawan kecil yang sentiasa berubah-ubah, kita tidak boleh hanya survive ‘cari makan’ di negara kita sendiri saja. Ramai usahawan mengeluh jualan tidak memberansangkan, malah tak kurang juga yang terpaksa ‘tutup kedai.’

Cuba-cubalah menjual ke luar negara pula, mana tahu dapat ‘hujan emas dari negara orang.’

Berikut adalah cara mudah untuk penetrate pasaran luar negara secara business-to-business tanpa mengeluarkan kos yang besar.

 

1. Lihat apa niche yang anda boleh bawa keluar

Kalau ini pertama kali anda jumpa perkataan niche, anda perlu tahu dulu apa maksudnya. Niche bermaksud subset atau sebahagian daripada pasaran yang disasarkan, yang mana permintaan pelanggan masih belum dipenuhi sepenuhnya. Ia juga boleh bermaksud segmen pasaran yang kecil. Sebagai contoh:

  • Seorang peniaga makanan, menjadikan niche snek makanan tradisi seperti kerepek ubi dan dodol sebagai produck jualannya.
  • Peniaga pakaian menjadikan hanya pakaian-pakaian keselamatan sebagai niche baru perniagaannya.
  • Usahawan produk barangan kesihatan memilih untuk fokus kepada suplemen khusus untuk tenaga lelaki.

Dengan memilih satu niche, persepsi orang lain adalah, anda seorang yang fokus dan pakar tentang bidang perniagaan itu.

 

2. Target ke negara-negara yang bukan pengeluar utama, nilai matawang lebih besar, dan kuasa beli masih tinggi

Pilihlah negara-negara yang bukan pengeluar utama produk yang anda mahu pasarkan ke sana. Misalnya Vietnam, macam-macam produk pakaian negara itu keluarkan dan kosnya pula lebih murah di sana. Jadi tak sesuailah anda mahu pasarkan produk busana ke negara itu.

Memilih negara yang nilai matawangnya lebih besar bukan saja menguntungkan, malah memudahkan anda untuk mengira kos-kos seperti pembungkusan, penghantaran dan sebagainya kerana ada margin yang besar.

Tetapi anda perlu kaji dahulu barangan dalam kategori yang sama dengan produk anda, berapakah lingkungan harganya di sana.

Negara yang ekonominya bagus, kuasa beli mereka juga besar. Mereka ada lebih wang untuk berbelanja setelah tolak perbelanjaan untuk keperluan utama.

 

3. Buka internet, buat kajian

Usahawan mesti kena ada usaha sendiri. Jangan hanya harapkan bantuan daripada agensi kerajaan. Jangan tunggu orang datang bantu. Buat kajian sendiri tentang permintaan produk dan servis di luar negara.

Gunakan saja Google untuk membuat pencarian. Anda boleh gunakan ‘Google Trend’ untuk ketahui trend di negara yang anda target.

Gunakan juga enjin pencari di negara tersebut, misalnya di Singapura, gunakan google.com.sg, manakala di Korea Selatan gunakan naver.com

Anda juga perlu tahu kuasa beli di negara tersebut dengan mengkaji ‘purata upah kerja’ atau wages. Kalau anda hendak menjual ke Korea Selatan, cuba google ‘south korea wages’. Dengan mengetahui kadar upah atau purata pendapatan di negara tersebut, anda boleh nilaikan kuasa beli di sana.

Cuba buka laman portal jual beli yang terkenal di negara yang anda mahu berdagang. Kalau anda mahu menjual ke Jepun, cuba buka rakuten.co.jp, cari dan lihat adakah produk yang serupa atau hampir sama dengan produk anda ada dijual di sana. Kalau ada, bagaimana dengan rating atau feedback terhadap produk itu.

Ini adalah beberapa contoh kajian yang anda boleh buat sendiri. Dengan buat kajian sebegini anda akan tahu tak semua produk atau servis yang kita ada, boleh jual di negara orang. Kalau di sini barang kita boleh laku, di negara lain belum tentu orang lain mahu.

 

4. Kumpulkan lead sebanyak mungkin

Cari organinsasi yang mungkin perlukan produk atau servis anda. Anda boleh pilih sama ada mahu menawarkan kerjasama perniagaan secara business-to-business, atau menawarkan perkhidmatan kepada organisasi seperti syarikat korporat dan kelab sukan.

Dapatkan nama organisasi tersebut, nama bahagian dan nama pegawai yang anda akan berurusan nanti. Kemudian dapatkan alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel mereka. Ini dinamakan menjana lead atau lead generation.

Lebih banyak lead yang anda kumpul, lebih besar peluang pasaran anda di sana.

 

5. Hantarkan e-mail kepada setiap lead

Perkenalkan perniagaan anda kepada mereka. Ceritakan serba sedikit tentang produk atau servis anda dan apa kelebihan yang anda boleh tawarkan. Sertakan sekali katalog produk atau servis dalam bentuk fail pdf.

Sebelum itu, pastikan dulu perniagaan anda sudah pun mempunyai laman web sendiri. Laman web ni pula, ibaratkan rumah atau kedai kita untuk berniaga secara online. Sebaik-baiknya dalam bahasa Inggeris. Sebab anda nak masuk pasaran luar negara, kenalah guna bahasa Inggeris.

satu contoh laman web perniagaan tempahan pakaian dari Malaysia dalam bahasa Inggeris

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom baca Cara mudah untuk tembus pasaran luar negara (bahagian 2).

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.