Mungkin anda sudah biasa dengan komputer yang menggunakan operating system (OS) jenis Windows. Maklum sajalah, boleh dikatakan kebanyakan komputer di tempat-tempat kerja, sekolah-sekolah, universiti-universiti dan rumah-rumah menggunakan Windows.

Dalam perkongsian kali ini, saya ingin syorkan anda cuba gunakan OS Ubuntu pula. Saya tunjukkan sekali video bagaimana hendak dapatkan OS ini dan cara-cara pemasangannya.

Sebelum itu, mari kita berkenalan dulu dengan OS Ubuntu Linux ini.

Ubuntu ialah operating system dari jenis Linux yang dibina secara open source. Ia dilancarkan pada tahun 2004 oleh syarikat Canonical Ltd. Syarikat ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan dari Afrika Selatan bernama Mark Shuttleworth, yang menamakan OS ini sebagai Ubuntu. Ubuntu adalah satu perkataan daripada bahasa kaum Zulu yang bermaksud “perikemanusiaan untuk semua manusia” (humanity for human beings).

 

Kelebihan Ubuntu Linux

Mungkin operating system Ubuntu Linux ini agak asing bagi anda kerana sudah lama terbiasa dengan Windows. Namun, apa yang anda harus tahu ialah, OS ini mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri.

Berikut adalah kelebihan-kelebihan menggunakan Ubuntu Linux secara ringkas.

  • Paling penting, ia PERCUMA. Anda tidak perlu beli sebarang product key atau lesen perisian.
  • Berbanding Windows, kebarangkalian komputer Ubuntu diserang virus dan malware adalah sangat jarang.
  • Tersedia dengan perisian penting sama seperti Office.
  • Driver hardware yang lengkap, cuma plug and play sahaja.
  • Sesuai digunakan pada komputer lama yang berspesifikasi rendah dan tidak memerlukan storan yang banyak.
  • Mempunyai pusat perisian (software center) sendiri untuk memudahkan anda mencari perisian dan aplikasi yang diperlukan.
  • Penampilan antaramuka pengguna yang boleh diubahsuai mengikut citarasa kita.

 

Cara-cara memasang Ubuntu Linux di komputer

Dalam video ini saya kongsikan bagaimana cara untuk memasang Ubuntu Linux pada komputer.

Anda cuma perlu sediakan satu pemacu USB dengan kapasiti sekurang-kurangnya 8GB. Kemudian, muat turun fail ISO Ubuntu Linux dan perisian Rufus.

Untuk menjadikan komputer anda lebih laju, anda boleh gantikan hard disk drive (HDD) komputer kepada solid state disk (SSD). Cuba cari SSD di Shopee.

Selamat mencuba!

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.