Method doesn't allow unregistered callers (callers without established identity). Please use API Key or other form of API consumer identity to call this API.
Original request - https://www.googleapis.com/youtube/v3/search?part=snippet&q=importance+of+business+card&type=video&videoEmbeddable=true&key=&maxResults=5&order=date
Method doesn't allow unregistered callers (callers without established identity). Please use API Key or other form of API consumer identity to call this API.
Original request - https://www.googleapis.com/youtube/v3/search?part=snippet&q=importance+of+business+card&type=video&videoEmbeddable=true&key=&maxResults=5&order=date

Business card, name card, kad bisnes, kad nama, atau kad niaga. Walau apapun yang anda panggil, ia adalah satu benda penting bila anda mahu perkenalkan bisnes anda kepada orang ramai.

Setiap bisnes, perniagaan, atau individu yang mahu dilihat sebagai profesional mesti mempunyai kad bisnes. Tanpa kad bisnes, ia seperti mengatakan yang anda…

  • Tak mahu perniagaan anda berkembang, atau
  • Tak mahu orang ramai tahu bahawa perniagaan anda wujud, atau
  • Tak mahu menghebah-hebahkan tentang perniagaan anda
  • Sendiri tak bangga dengan perniagaan anda sendiri!

Kad bisnes anda adalah suatu kebanggaan untuk bisnes anda!

Anda sebagai pemilik bisnes adalah duta kepada bisnes anda sendiri. Setiap kali anda hadir ke mana-mana majlis atau perjumpaan, bila ada peluang untuk memperkatakan tentang bisnes anda, kad bisnes adalah material promosi yang terbaik yang dapat diberikan kepada mereka yang berkenaan. Ini dapat memberikan mereka suatu “suntikan” pilihan untuk mereka sekiranya suatu hari nanti mereka perlukan servis atau produk yang anda tawarkan pada masa akan datang. Jadi, jangan sia-siakan peluang yang ada.

Kad bisnes digunakan sama ada oleh bisnes kecil skala ribu-ribuan mahupun bisnes besar tahap juta-jutaan. Ini adalah satu teknik pemasaran bisnes yang sesiapa saja boleh praktikkan dan tidak terhad hanya untuk golongan tertentu saja. Dengan teknologi percetakan yang semakin canggih, sekarang kad bisnes boleh didapati dengan mudah, cepat, dan pada harga yang berpatutan.

Perbelanjaan yang kecil untuk potensi pulangan bisnes yang besar, anda tak mahukah?

Apakah maklumat yang perlu ada pada kad bisnes?

Itu bergantung kepada anda. Apa yang anda rasa penting mengenai bisnes anda, itulah yang perlu ada didalamnya. Maklumat yang biasa didapati pada kad bisnes termasuklah

  • Nama anda
  • Jawatan
  • Nama syarikat / perniagaan
  • Nombor telefon
  • Emel
  • Alamat website
  • Maklumat ringkas berkaitan produk atau servis anda

Penting untuk anda ingat bahawa kad bisnes adalah bersaiz kecil, bukannya bersaiz besar seperti brosur atau pamplet. Justeru itu pastikan hanya maklumat penting saja yang terdapat dalam kad bisnes anda itu. Biasanya hanya tertera maklumat tentang bagaimana anda boleh dihubungi.

Kad bisnes anda haruslah membawa imej yang baik untuk bisnes anda. Ini kerana kad bisnes berupaya mempengaruhi first impression atau pandangan pertama seseorang. Mempunyai reka bentuk yang tidak mencerminkan apa yang anda lakukan, boleh memberi kesan negatif ke atas bisnes anda.

Malah, jika anda tak buat apa-apa bisnes pun, mempunyai bisnes kad atau kad nama ini boleh jadi berguna kepada anda pada masa-masa tertentu. Bagaimana?

Tonton video di bawah ini.

Gallery gallery_view does not seem to have any videos.

 

Oleh itu, adalah penting untuk anda serahkan kerja-kerja membuat design kad bisnes pada mereka yang pakar. Gunakan masa anda sebaiknya dengan melakukan apa yang anda lakukan dengan terbaik, iatu mengurus bisnes anda dengan baik dan lancar!