Bagi anda yang gemar melancong dengan menaiki pesawat, kami ingin kongsikan sedikit tip bagaimana mencari tiket pesawat yang murah dan menguntungkan.

1. Beli tiket lebih awal dari tarikh penerbangan.
Syarikat penerbangan ada kouta beberapa seat awal dengan harga murah. Semakin dekat dengan tarikh penerbangan, harga tiket akan menjadi semakin mahal.

2. Pastikan dulu adakah penerbangan itu menyediakan bagasi dan makanan.
Jika  ia tidak disediakan dan anda perlu bayar untuk berat bagasi dan makanan, hitungkan dulu jumlah harga tiket anda dan simpan dulu… jangan terus beli.

3. Bandingkan dengan syarikat penerbangan lain yang ada ke destinasi yang sama.
Misalnya jika anda mahu ke Bandung, Indonesia, setelah anda hitung harga tiket pesawat termasuk bagasi dan makanan di website Air Asia, berapa pula harga tiket Malindo Air.

4. Gunakan juga website pencarian tiket pesawat, misalnya skyscanner.net.
Website ini akan mencarikan untuk anda tiket dengan harga paling rendah dari satu destinasi ke satu destinasi. Kemungkinan ia akan mencadangkan penerbangan A untuk pergi dan penerbangan B untuk pulang. Jika penerbangan jarak jauh pula, anda boleh memilih penerbangan transit jika tidak kisah tentang masa, asalkan kosnya rendah.

 

Setelah anda benar-benar pasti harga tiket tersebut menepati bajet, sesuai dari segi kemudahan dan masa perjalanan anda, barulah beli. Ikuti juga perkongsian ini sebelum anda pergi melancong – 6 perkara penting wajib diambil berat sebelum melancong ke luar negara.